Selasa, 16 Oktober 2012

SYURGA DARI KERTAS

Salam Sejahtera Guys! Aku baru saja balik dari kerja.Sampai saja rumah,terus buka laptop.Macam biasalah,tujuannya nak update blog pasal malam semalam aku ada tulis satu sajak yang paling terbaru.Idea datang secara spontan sebab kepala tengah 'sedap' dan aku pun terbabas menulis sehingga jam 3 pagi,itu yang buat aku lambat masuk tidur disebabkan syok 'melayan' punya pasal.Baru aku tahu,macam ini rupanya orang menulis.
Untuk bahan kali ini,aku nak cerita sikit pasal DUIT.Idea ni datang bila aku terfikir telatah manusia dengan duit ni melalui apa yang aku lihat.Sambil menulis,dalam kepala aku terngiang-ngiang lagu dari kumpulan Kembara bertajuk 'DUIT'.Aku selalu bawa lagu tu kalau sekali-sekala pergi busking dekat Sogo.Bukanlah nak kata perihal pasal duit ni semuanya jahat.Duit ni kalau diguna cara yang betol.InshaAllah selamat.Ya! duit memang perlu,aku akui duit memang penting! penting sangat dalam zaman kehidupan moden ni atau di dalam sistem yang kita gunapakai sekarang ni.Segalanya bergerak guna duit.Semuanya duit! duit!  pendek kata,selangkah kaki kita keluar dari pintu rumah,semuanya nak kena guna duit!!  nak masuk tandas nak melepas pun dah pakai duit,nak kahwin guna duit, pergi kedai 7E,sekali tekan pedal minyak kereta juga duit,kita sakit terlantar di hospital guna duit,sampailah kita mati nanti pun akan guna duit.Mungkin kita tak perasan,yang kita ni memang sudah lama terperangkap dalam sistem duit ni.Kadang-kadang macam dah tak boleh nak buat apa.Buat aku jadi makin tak faham.Ada satu rangkap 'favourite' aku dalam lagu 'Duit' berbunyi....
 "..jangan sampai jadi hamba duit,Nanti musnah diri sendiri...".
Ya!,memang ia menjadi persoalan dalam kepala aku! Kenapa duit??.Aku memang tahu sistem duit ni adalah revolusi manusia.Sistem duit ini memang dah lama kalau dalam buku teks sejarah yang kita belajar di sekolah menengah..tak silap aku,ada menunjuk gambarajah duit-duit zaman lama.Ia tetap buat aku tertanya-tanya.Bila tanya pendapat orang lain semua akan bagi jawapan yang lebih kurang sama.Sehingga sekarang aku tidak ketemui jawapan yang memuaskan hati aku,mungkin kalian boleh bantu aku yang sedang buntu ni.Okay,macam biasa,aku mohon kata nasihatlah kalau ada yang aku tersilap kata dan tulis.Selamat membaca !

SORGA DARI KERTAS

dari kertas
ke plastik
kau tetap sama saja
buat mata jadi buta
buat hati jadi mati
ikatan jadi putus
sehingga mampus
sampai saat tertimbus si pemuja mu
terjelir lidah tersiksa dia
sehingga tamat ceritanya
kau tetap terus 
seharian di urus
mengonggong untung
rugi makin malang
kerana kau
dianggap penting
semua yang berjalan
tanpa kau
seolah mati
seolah tidak dapat dipisah lagi
untuk yang mengejar mimpi 
impian sementara (dunia)
kaulah syorga
kunci bahagia
walhal engkaulah
yang paling banyak
menyumbang ke neraka
mengirim api  murka
duka dan celaka.

2:34 pagi 
16 OKtober 2012
30 Zulkaedah 1433
Bilik Shah 
Bukit Gita Bayu
Serdang Lama


DUIT NEGARA MALAYSIA - duit baru,bahan dari plastik.

Isnin, 15 Oktober 2012

APA YANG PERNAH AKU TULIS


         Salam dan Sejahtera kepada semua yang membaca.Jam sudah masuk pukul 11 50 malam.Mata pula masih belum mahu tidur.Hidung masih 'error' akibat demam yang belum pulih sepenuhnya.Dari petang tadi hingus melempah bagaikan air paip,tapi sekarang sudah okay setelah aku telan panadol Soluble dan sebiji pil selsema.Apa boleh buat? ada ubat,aku telan saja janji kebocoran saluran paip hingus aku dapat dihentikan buat seketika,untuk malam ini saja pun sudah okay.Tilam dah dihampar,laptop dahpun terbuka dari tadi.Bersiap-sedia untuk 'berehat' sambil melihat dan membaca update-update status dari facebook.Sambil berfacebook,aku teringat yang aku pernah menulis beberapa sajak yang aku tulis tahun lepas,aku letakkan di ruangan 'notes' di dalam facebook aku sendiri.Aku fikir inilah bahan yang nak ku letakkan dalam ruangan blog aku kali ini sebagai bahan update untuk dikongsi.Ini antara hasil tulisan cubaan aku yang awal-awal. Apa yang aku tulis ini berdasarkan apa yang aku alami tahun lepas,tahun 2011.
                 Tahun lepas,aku kira rajin juga berjalan ke bandaraya Kuala Lumpur(sebenarnya bila ada duit atau ada acara saja baru keluar).Berdasarkan apa yang telah aku tulis tu,aku akui memang agak berbau politik sedikit kerana tahun lepas aku banyak luangkan masa mengalami politik Malaysia.Aku tak mahu kata mengkaji,nanti nampak pro sangat.Sebelum ini aku lah orang yang paling malas nak ambil tahu pasal politik.Namun oleh kerana semangat kebangsaan meningkat secara tiba-tiba sebaik pasukan bolasepak Malaysia atau sinonimnya 'Harimau Malaya' berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA buat kali kedua tahun sudah di Gelora Bung Karno..Akupun secara tak langsung meningkatlah semangat nasionalisme dan terbawa-bawa pula ke dalam perihal politik.Aku pun mula 'ter'baca lah sedikit perihal-perihal politik negara untuk aku lebih memahami.Begitu besar pengaruh bolasepak terhadap semangat nasionalisme.
         Mula-mula aku agak ke arah pembangkang saja,sejak dari zaman sekolah.Aku berkesempatan untuk duduk mendengar cerita dari penyokong-penyokong pembangkang ketika sesi lepak-lepak mengeteh di kedai mamak atau mungkin juga kerana sifat naturalku yang degil dan suka membangkang ni.Tapi setelah berfikir secara rasional,aku memujuk diriku untuk bersifat adil kepada diriku sendiri agar tidak terlalu fanatik pada pembangkang saja.Aku membuat pilihan untuk mengkaji kedua-dua belah pihak yang  sedang ber'perang' politik ini agar aku dapat cari apakah persamaan dan perbezaan antara mereka ini.Yang akhirnya kudapati 2 x 5 saja.Aku juga berjanji kepada diriku sendiri agar tidak terlalu cepat percaya pada provokasi-provokasi atau bom fitnah yang dilemparkan kedua-dua pihak ini.Sebagusnya,aku akan kumpulkan setiap bom fitnah yang mereka lemparkan itu untuk aku kaji selidik,fikir baik dan buruknya.Apa relevannya? Siapakah yang lebih relevan?.Aku berjanji tidak akan membiarkan salah satu pihak ini mengawal minda ku melalui ideologi-ideoogi mereka yang sampah jahanam! Walau dalam malas,aku berjanji akan cuba rajinkan diri membaca buku-buku yang perlu aku baca ketika itu.Segala maklumat yang perlu aku perlu tahu mestilah satu berita yang sahih dari sumber yang benar.Aku juga ingin berterima kasih kepada beberapa orang teman di facebook ku yang menyedarkan aku agar lebih berfikiran terbuka,rajin mendengar dan belajar.Rajin berdiskusi secara terbuka.Aku juga belajar untuk mengawal emosi agar tidak terlalu cepat melatah dan marah kerana perang politik sememangnya perang psikologi.Aku perlu tenangkan diri dan tetapkan tekad kerana aku tidak mahu ditipu lagi oleh ayat manis kedua-dua belah pihak.Aku mahu di tengah-tengah.Aku pilih atas pagar.Sebagai rakyat,aku punya hak untuk berada di tengah-tengah.Lebih banyak melihat,mendengar,berfikir dan mungkin tidak lama lagi akan beraksi.
       Ya,itulah antara-antara yang aku buat tahun sudah.Okay,aku berhenti di sini sahaja kerana aku tahu memang bosan nak baca panjang-panjang ni.Aku harapkan sedikit nasihat sekiranya tulisan aku ini panjang lebar sangat,sedikit komen aku perlukan untuk referen aku nanti di masa hadapan.Okay,Selamat membaca.



(1)
SISTEM PERANGKAP
Awas! perangkap sistem.
sistem sudah lama.
lama di minda bangsa.
di bawah sub sedar.
habis pecah-belah.
maki hamun bertaburan.
fitnah jadi senjata.
oh sistem rakus.
kau zalim.
habis kau mamah daging mereka.
tanpa menoleh sedikit pun
ke belakang.


apis abdul. 
pukol 6 47 pagi
Selamat Pagi rabu. :)
30 November 2011



(2)





BILA PILIHANRAYA


bila dekat pilihanraya

kau pun keluar
mencela
membabi-buta
cakap kuat
cakap lawa
kalah manis madu
menang manis mulut
janji dulu
masih tersangkut
demi dunia
yang kau rebut
kau tembak sini
kau tembak sana
makin ganas
makin liar
makin gila
gila kuasa
kau lupa
kerajaan bumi 
milik Yang Esa.

(3)



HARI INI DISINI REVOLUSI

Wahai kawan
sesungguhnya..

Aku berkata,hari ini,disini
bukan untuk mana-mana pihak
yang menggelarkan diri mereka 
pemerintah..

Aku berkata,hari ini,disini
bukan mahu tunjuk pandai
bukan mahu tunjuk berani
jauh sekali mewakili mana-mana kroni
atau sistem yang kamu gelar parti..

Wahai kawan
sesungguhnya

Aku berkata,hari ini,disini
di tengah-tengah
di antara kamu yang bertelagah
yang menjadi mangsa mu
yang mendapat mewah
dengan mencekik darah
bertuhankan rasuah

Wahai kawan
sesungguhnya

Aku berkata,hari ini,disini
sebagai suara generasi
yang semakin hari
kecewa dan benci
pada perompak hak asasi
cukup-cukuplah korupsi
dan manipulasi kotor organisasi
celaka kau! diktator demokrasi !
gunakan kuasa untuk monopoli
celaka kau! diktator demokrasi !
kami tidak akan berhenti
dari juang dan bakti
hingga mengalir darah suci

celaka kau! diktator demokrasi!
mungkin kau boleh bunuh kami
hari ini,disini
tapi kau tidak akan dapat membunuh..
Revolusi !! 

Apis Abdul
12 Disember 2011
4 : 30 pagi


(4)



SEKADAR LUAHAN HATI
zaman duit,semua tidak mahu ketinggalan,mesti ikut-ikutan.
kereta besar,telefon canggih berteknologi,peti televisyen skrin rata.
almari ikea,berbaju berbau butik,muka selalu facial.
pengetahuan mahu tinggi..zaman internet..yuran sekolah budak-budak pun meningkat.
ilmu digunakan untuk tunjuk pandai bukannya untuk disebarkan kebaikan.
orang makin pandai,makin susah nak ditegur.
walhal mereka kata mereka berfikiran terbuka.
masing-masing nak berjaya.tapi tak sedar dah terpijak kaki lawannya.
atau terpijak insan lain yang hidup susah merana,miskin urban.
dek kerana terkejar-kejar..tidak cukupkah nasi yang di masak seperiuk?
tapi mahu makan lagi berguni-guni beras.
bukan nak tagih kasihan..tapi apa salahnya kita hidup sama-sama merasa..
memang hidup di kota,siapa cepat dia dapat.tapi rejeki Tuhan yang bagi.
apa salahnya banyakkan lagi lobang-lobang rejekinya dengan syarat..
tolong-menolong.
bukan tolong kroni sahaja..buka kan jalan untuk semua yang berminat dan berbakat.
biar sama merasa..jatuh dan naik terpulang lah kepada takdir dan usaha.

(5)

SEKADAR LUAHAN HATI 2 - DUNIA ATAS DAN BAWAH
Bila terkenang saat itu.hati sayu.
Sedih..
kasihankan rakyat,bertungkus-lumus dibawah
bekerja keras untuk terus hidup tanpa mengetahui apa sebenarnya terjadi di atas.
Sedangkan mereka-mereka yang di atas terus menerus senang-lenang
ketawa gembira sambil menghisap curut mahal.
kerapkali mereka terbang ke luar negara bercuti bersama keluarga.Ya,mungkin rezeki mereka.
adakah mereka bahagia?

Tetapi,Tuhan Maha Adil. 
DiujiNya kami di bawah ini dengan susah agar kami menjadi semakin rapat dan kuat
agar kami erat denganNya dan selalu ingat padaNya.
Biarkan..
hari ini,hari mereka.
besok lusa hari kita.
dunia terus berputar seperti jarum jam di dinding.
Ah.jangan berduka kawan,ini cuma 'dunia'.
tempat bermain kita sebelum kita ke alam kekal abadi.
Ya,aku yakin janji Tuhan buat kita.
disana lah bahagia.

Nukilan ini bukan lah mahu merungut menagih simpati nasib diri.
cuma mahu memberi kata-kata semangat
sebagai azimat
agar kita terus bangkit berjuang
untuk kehidupan 
dan jangan lena lagi dibuai mimpi
air liur basi.
Ayuh,kesat ! Bangunlah sahabat!

Dunia serba moden kini masing-masing ada kepentingan sendiri
jangan kita leka mengejar kaya hingga kita lupa dan langsung binasa
hilang kemanusian.
sampai mana Ego mu?
Letak ke tepi sebentar kepentingan itu..
marilah kita bersatu
demi sebuah kehidupan yang adil dan aman
demi Tuhan
bangkitlah dengan ilmu dan suara
sebarkan lah kebaikan..
mungkin bukan untuk kita hari ini
tetapi ianya untuk anak-anak kita nanti
generasi yang akan terus mewarisi bumi ini
setelah kita pergi kemudian hari..
agar mereka mengerti susah-payah perjuangan hidup.
jangan mereka sombong dan takbur.
Oh,mungkin kau silap, aku bukannya suka memuji
tetapi aku tetap bersyukur.


7 Januari 2012
13 Safar 1433
jam 1: 22 pagi Sabtu waktu Malaysia.
Seri Kembangan. 









Ahad, 14 Oktober 2012

RECORDING LAGU KEDUA JABATAN AUDIO

Assalammualaikum,Selamat Pagi ahad 14 Oktober 2012.Nak dimulakan cerita,Ini ialah cubaan menulis blog yang pertama dari aku.Tak pernah aku tergerak nak buka blog sendiri sebelum ni.Mungkin pernah terniat masa dulu nak buat,tapi tak pernahnya ke situ lagi sebab aku lebih minat membaca dari menulis sebelum ni.Selalu juga aku membaca blog dari kawan-kawan penulis yang lain dan aku pernah dinasihati juga oleh 'awek' aku sendiri agar membuka sebuah blog sendiri untuk diri sendiri membebel dan baca.Dari membebel di Facebook katanya baik buka blog sendiri.Betol jugak katanya.Aku pun memang berminat.Dah lama juga aku simpan hasrat nak menulis,aku mula berminat setelah membaca banyak tulisan-tulisan dari kawan-kawan penulisku yang rata-ratanya penulisan mereka amat superb dan awesome! termasuklah penulis2 yang otai-otai yang dah lama dalam bidang penulisan sehingga ke yang penulis2 yang baru,segar dan dari lebel indiependant,semuanya aku suka.Sangat memberi inspirasi.Aku tengok cara dorang buat macam senang je.(Mungkin nampak senang,sebenarnya yang aku tahu nak menulis kena banyak buat research dan study)Jadi aku pun ingin nak cuba.Mungkin aku akan guna bahasa rojak saja untuk permulaan ni supaya lebih ikhlas dan ringkas gitu.Orang kata nak berkarya kena jujur dan ikhlas baru hasilnya PAWE!! dan sampai. entahlah.Untuk cubaan yang pertama ni aku takda idea lagi nak tulis apa.Cuma nak cerita pasal PLAN hari ini.Plan hari ni seperti yang telah diaturkan oleh Fei Fei selaku gitaris Jabatan Audio dan organizer,cewah! dan juga seperti yang telah direncana sejak sekian lamanya oleh kami ialah nak RECORD lagu kedua Jabatan Audio.Lagu bertajuk 'Tak Diterima Lagi' dinyanyikan oleh Syima Tarmizi atau nama manja dalam band: Sim-Sim atau Mama Sim.Serba ringkas pasal lagu Tak Diterima Lagi ni,lagu dan liriknya dicipta oleh Raja dan Aku masa di rumah 5-3-1 dulu.Kisah pasal seorang pencinta yang tertanya-tanya tentang adakah cintanya masih diterima oleh yang Maha Pencinta setelah banyak melakukan kesilapan.Lebih kurang macam tu lah.
    Aku mungkin tak berapa pakar nak cerita bab teknikal ni,aku sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan waktu recording ni saja.Apa yang dibuat dan apa yang berlaku.Perasaan nak record lagu ni memang tak sabar,rancangan ni dah lama tertulis di atas kertas.Ikut 'plan'nya memang nak record lagu ni selepas record lagu Hati Mataharey dan Si Jantan Belang setelah berbulan-bulan tertangguh oleh kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan dan terpaksa menghadapi situasi survival harian kehidupan.Biasanya masalah ekonomi yang buat lembap !! dan juga masa masing-masing.Dengan ijin Tuhan, akhirnya dapat jugak ditetapkan satu tarikh dan hari seperti biasa pada hari studio tidak digunapakai oleh pelanggan iaitu pada hari ahad pagi di Studio Quantize Production terletak di Pandan Indah di pagi yang indah.Ermmm,sebenarnya aku masih kat rumah masa tulis ni.hehe,masih ternanti-nanti juga balasan SMS atau panggilan dari Muniaq Si Tukang Pukul Drum Utama untuk JabAu.Harap2 hari ni semua plan berjalan lancarlah atas kehendak Allah.Macam biasa,kita mestilah selalu berharap dan berserah segalanya pada Nya.Kita hanya mampu rancang saja,yang kata jadi ke tak jadi tetap Allah.Raja,Zairul dan Pot mungkin sedang enak tertidur di atas sofa di studio.Masing-masing menunggu panggilan dari Fei Fei dan Muniaq.
 Aku rasa intro aku ni agak panjang lebar.Melalut pulak rasanya.Apa guna panjang kalau tidak berisi? kan? kan? Aku kalau boleh tak nak lah tulis blog ni macam tulis diari.Aku kalau boleh nak berkongsi pengalaman,bahan bacaan,ilmu atau berkongsi minat dan hobi dengan semua orang yang aku kenal.Berlainan jenis minat pun tak apa,aku masih boleh terima.Tapi kalau minat yang sama tu dah kira cantik dan extravaganza.
                                              JABATAN AUDIO di Rantai Art Disember 2011
                                     (dari kiri Zairul,Sim Sim,Adi Patiwong,AKU,Muney dan Fei Fei)

Okay,untuk permulaan ni aku tulis macam ni saja.Pasal recording hari ni,kami nak tangkap bunyi untuk trek drum. atau record drum tracklah,senang.Kami pun dah bincang malam tadi,bincang pasal ideanya secara kasar.Dipendekkan cerita Muniaq pun baru saja call aku balik pada pukul 11 30 pagi tadi setelah aku tinggal pesanan dari pukol 4 pagi.Maknanya projek diteruskan dan ON walaupun terlambat sikit mula pasal masing-masing terlajak tidoq dan sepatutnya call time jam 9 pagi..sampai Raja dah call aku,dia kata dia nak balik kalau Muniaq tak muncul-muncul jugak.Akhirnya Muniaq call jugak.Fuh! Lega,Tuhan memang mahu kasi jadi plan hari ini.Biasalah tu Muniaq terbabas tidoq akibat praktis sampai pukol 5 pagi tadi.Maafkanlah beliau.Aku pun bersiaplah nak kesana.Harap2 hari ni dapat layan habiskan trek drum pun sudah chantek.Apa-apa  mengenai recording Hari Pertama 'Tak Diterima Lagi' ni nanti akan ku kemaskinikan.Sekian lampiran aku untuk Part 1 of The Making of Tak Diterima Lagi ni.Menulis ni boleh tangkap syok melekat depan laptop.Tapi berhati-hati kalau kepala tengah berdengung boleh layan mengarut dan melalut.Terkeluar tajuk pulak nanti.
   Bila-bila masa jika ada kelapangan aku akan cuba belajar menulis benda-benda yang lain pulak macam sajak ke,cerpen ke,biografi ke..apa-apalah yang berkaitan dengan menulis.Aku ni taklah pandai sangat bersastera dan menulis tetapi minat tu ada.Dulu masa sekolah tak ada orang nak guide dan mungkin belum timbul minat.Sepatutnya dulu aku ambil aliran sastera.Entah macam mana tersesat masuk ke aliran akaun. Akibat tiada hala tujuan dan ikut kawan punya pasal.Tapi itu cerita masa sekolah,aku pun tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri,masa muda mentah dulu apa yang aku tahu?Degil,pendek fikirnya dan banyak main saja.hehehe.Oleh kerana sebab minat tu dah mula ada lah.aku cuba jinak-jinakkan diri untuk menulis semenjak dua menjak ni.Mungkin takda apa sangat nak di tulis,cuma saja-saja nak menulis.Mungkin sendiri yang tulis,sendiri juga yang baca.Sekadar nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dari sudut pandangan aku. Aku juga berniat nak kongsi hasil karya,tulisan dan berkongsi pengetahuan dari kawan-kawan penulis-penulisku yang lain diruangan blog aku ni sebab mereka lagi rajin membaca dan banyak pengetahuan berbanding aku ni.hehe.Mintak tunjuk ajar dari otai-otai.Aku pun sedang belajar.ini pun kira cubaan pertama.Apapun nanti aku akan sambungkan menulis pengalaman recording lagu  ni bila aku dah mula record nanti.Suka-suka juga nak kongsi pengalaman dan ilmu recording lagu kedua ni.Macam mana pulak pengalaman dia setelah lagu pertama Hati Mataharey.Okay,aku rasa agak membebel.Cakap pun dah ulang-ulang macam tulis surat tak rasmi.Jadi ku ucap selamatlah buat kalian.Ayuh kita RECORDING! Selamat berhujung minggu.

TAK DITERIMA LAGI : RECORDING HARI PERTAMA
Okay,hari ni kira hari pertama.Aku sambung saja lah kat sini.Hati agak lega bila Muniaq reply balik miss call dari aku.Baru bangun tidoq,katanya.Dia pun kata Okay.boleh datang rekod sekejap tapi pukul 2 petang kena cabut.Maknanya ada masa 2 jam lebih je nak rekod trek drum.Syukur jugak,akhirnya Tuhan kasi jadi ini plan.
Sampai saja macam biasa Muney terus sound check.Set barang dia dan set bunyi dan tune drum.Muka baru bangun tidoq.Kesian pulak aku tengok.Oleh kerana berkejar dengan masa,kami pun cadang rekod saja untuk buat guide.Tapi okaylah lepas 2 round jamming.Muney masih ingat drum pattern lagu tu.Lepas setuju dan confirm dengan tempo baru,Zairul buat guide baru menggunakan bunyi keyboard dan vocal guide dari aku.Mula agak serabut,tak kemas dan lari tempo permainan Muney mungkin sebab baru warm up.Setelah bagi dia peluang untuk jalan lagi 2 round lagi, Muney berjaya dapat feel.Bila feelnya sudah sampai senanglah sikit kerja, tinggal lah nak susun,kemas dan confirm pattern saja setelah Zairul berpuas hati dengan tone dan tempo.Tapi kalau ikutkan nak record drum ni banyak kerjanya,banyak benda terperinci yang harus diteliti kalau nak betol-betol puas hati dengan bunyi setiap satu dari Kick,Tom,Snare hinggalah ke bunyi cymbal.Tapi apakan daya,masa sangat suntuk, hanya sempat buat set up untuk bunyi keseluruhan sahaja sebab Muney ada 'show' petang tu bersama bandnya lagi satu(Muney memang banyak projek band) pada jam 3 petang.Jadi,terpaksalah beliau bergerak setelah selesai tugas beliau di bahagian drum.. dan tanpa sempat berjumpa dengan Fei Fei yang dah dalam perjalanan ke studio.Muney hanya sempat berkirimsalam retart saja dengan Fei Fei.Jangan marah Fei.
2.           Okay stage kedua.setelah selesai drum dan set sound serba sedikit.Sebenarnya proses drum tu belum habis.Aku kira Cut Scenelah.Ini aku cerita pengalaman hari ini saja ya! Jangan lupa.mungkin berbunyi macam diari hari ini.Tak kisahlah,aku suka-suka nak kongsi.Tak lama lepas Fei fei tiba dengan muka mengantuk juga.Tibalah giliran Fei Fei  pula memulakan tugas,masuk untuk recordkan trek gitar akustik.Macam biasa benda asas recording yang Zairul ajar, set up mic untuk miking,cari placing mic yang sesuai,tuning,carik sound mic dan body,confirmkan pattern strum dan sedikit tone adjustment pada gitar kadang-kadang melibatkan benda yang mudah seperti pemilihan pick gitar.Betapa pentingnya benda asas ni.Kalau tertinggal satu step,Maka tak berapa chanteklah prosesnya.Selain tu benda asas yang lain yang sangat penting bagi aku ialah mood,feel dan harus berenang atau terbang bersama,kalau boleh masuk ke dalam tempo!.Perghhh.Aku pun tak tahu nak cakap secara teknikal.Dari segi teknikalnya,pemuzik-pemuzik handalan dan otai akan menitikberatkan kepada teknik permainan lebih dahulu kerana itu yang perlu dikuasai dan dipraktikkan setiap hari bagi mendapatkan 3T secara automatik..3T tu tuning,tones dan tempo.Perkara asas muzik dan recording.Dalam masa yang sama Feel tersangat-sangatlah penting kerana tiada gunanya menguasai 3T tanpa sebarang feel.Dari feel yang baik boleh berjaya mengeluarkan juga tone dan tempo tadi dengan jelas secara automatik.Dari feel kita akan lebih mudah faham mood lagu; sedih kah gembira? minor ke major? gelap kah terang? tinggi kah rendah? secara tak langsung akan terkeluar dynamics. Lebih banyak yang aku terangkan dan yang ku mengerti disini lebih kepada penggunaan pancaindera asas manusia sahaja seperti menggunakan otak atau lojik(bayangkan dan fikirkan cerita lagu tu),guna hati (adakah dia menusuk perasaan hati dan jiwa?hati sangat melibatkan FEEL) dan telinga (terus mendengar! kita pasti dapat beza bunyi sedap dan tak sedap,bunyi sumbang yang menyakitkan telinga pasti kita dapat dengar dengan jelas) itu saja asas yang aku ada.Aku pun bukan pakar sangat bab teknikal ni.Masih menuntut lagi dengan sifu Zairul dan sifu2 yang lainnya pasal tekniknya recording.Bagi aku sekarang,Feel dan mood lah yang paling penting! dan yang kena ambil masa lebih sikit sehingga kita betol-betol puas hati dengan playing dan bunyi yang kita hasilkan dari tangan kita.Selagi tak puas selagi itu proses padam dan record balik diteruskan.Proses tu memang biasa.Semua pemuzik begitu aku rasa. Lebih kurang 2 lapis trek juga digunakan untuk trek akustik ni.Baru dapat bunyi atau tonenya keluar seperti pasir bertaburan di tepi pantai.Begitulah gambaran bunyi yang dikatakan Zairul.Seketul-ketul dan melekat dengan tempo.itu yang dimahukannya.Setelas selesai masuk trek gitar akustik.Barulah nampak sedikit asas,tulang belakang atau tiang lagu ni.Lepas ni tinggallah proses-proses seterusnya seperti mencantikkan bunyi drum(Zairul kata drum trigger),record trek bass dan seperti biasa akan ku ceritakan di proses me'warna' nanti.Itu akan melibatkan bunyi string,atau gitar riff.Disinilah bahagian paling digemari.Berfantasi!! Membayangkan bunyinya,mewarnakan! betol-betol seperti mewarna di atas kertas lukisan yang telah kita lukis dengan pensel tadi atau menyusun bunyi-bunyinya, boleh juga digelar sesi isi tempat kosong.Tapi idea ni kena jaga sikit kerana kita akan penuh bernafsu! berhantu! kalau dilayan sangat. Perlu juga dikawal supaya tidak sampai menggugat keaslian lagu dan takut lagu jadi merepek dan tak mengarut.
    Proses recording yang kami ambil ni kira yang paling ringkas dan cepat.Tapi sebenarnya kita kenalah banyak bersabar dan kena dengar berulang kali sehingga betol-betol rasa sedap di telinga dan yang penting manusuk ke hati  sehingga sendiri rasa puas baru boleh keluarkan lagu tu untuk didengarkan kepada peringkat umum.Ini pula petua dari Raja.Selaku manager dan ketua projek haha.Itu baru guna telinga dan hati sendiri.Kita kena fikirkan juga bagaimana nak menawan telinga dan hati pendengar lain pula.Itu pula,akan kukongsikan dalam proses penilaian dan target audience nanti.Sebenarnya,recording lagu ni kalau nak betol hasil yang puas hati.Kerjanya memang rumit dan satu persatu.Sebab tu di barat proses recordingnya melibatkan wang yang besar,alatan-alatan yang mahal dan pengurusan masa yang profesional.Kena banyak kreativiti,kira-kira,berfantasi dan bereksperimentasi.Tetapi itu cara di barat,mereka sperti yang kita tahu satu industri yang besar dan maju,kita tak perlu hairan.Disini aku cuba ceritakan cara-cara yang paling ringkas membuat recording untuk pemuzik-pemuzik dan penghibur indie.Mungkin ada diantara kalian boleh buat sendiri di rumah.Ada beribu-ribu cara sebenarnya.Banyak eksperimen atau kaedah atau teknik yang boleh dilakukan untuk menangkap bunyi-bunyi yang kita mahu.Tapi ia mungkin akan sangat memerlukan lebih ruang kreativiti,masa dan kos.Kadang-kadang satu lagu jikalau mahu benar-benar puas untuk dikeluarkan sebagai single sahaja akan mengambil masa paling sedikit sebulan,mungkin berbulan dan mungkin boleh membawa ke setahun mengikut kepada tahap 'cerewet' produser,jurutera,pemuzik atau lebih senang pencipta atau pengkarya lagu tu sendiri.Sehinggalah lagu tu boleh menghasilkankan kualiti bunyinya hingga tahap paling terbaik dan sudah cukup rempah ratusnya,ibarat macam memasak juga.Yang aku cerita ni dah kira dalam tahap proses seterusnya atau next stage nanti iaitu proses Mixing atau adunan.Proses Mixing inilah yang sebenarnya memakan masa agak lama berbanding recording. diikuti nanti ke proses yang terakhir iaitu Mastering.Okay,Maaflah sekiranya ada teori dan fakta aku ni salah kerana aku betol-betol berdasarkan pengalaman praktikkal ku sendiri.Sekiranya ada kesilapan tentang teori muzik yang nampak macam aku pandai-pandai je cakap,harap diperbetolkan.Cuma ini sahaja yang mampu aku kongsikan sedikit mengenai pengalaman recording pagi tadi.Kalau berkesempatan kita akan belajar lagi pasal proses seterusnya iaitu proses adunan ni bersama Abang Zairul kita nanti bila dah betol-betol siap record ni di ruangan akan datang.Zairul memainkan peranan sebagai jurutera merangkap bassist dan dibantu dibahagian teknikal oleh Pot.Aku dengan Raja lebih banyak kepada kerja POP UP idea,menjaga keaslian dan kawalan kualiti lagu,mendengar silap,order-mengorder dan komplain.Masing-masing ada peranannya sendiri.haha.Okay,nampaknya itulah serba-sedikit gambaran hari pertama proses recording lagu kedua Jabatan Audio 'Tak Diterima Lagi'.Aku selalunya tak sabar tunggu bila nak siap.tapi aku juga berpesan kepada diriku sendiri agar bersabarlah, kawal sedikit nafsumu,rendahkan egomu.Biar lambat asal selamat.Pentingkan kualiiti dari kuantiti.Berkerjalah dengan serius tapi riang dan gembira.Yang ini memang tiba-tiba.Maaflah aku ni tak suka serius sangat sekali sekala suka bergurau dan mengarut.Eh,dia bergurau pulak.Kalau Abdullah Gothik baca ni mesti dia gelak.haha.Untuk mendengar versi LIVE lagu Tak Diterima Lagi ni bolehlah ke pautan atau link youtube Jabatan Audio ni : http://www.youtube.com/watch?v=K_H6BXvuZ0M