Selasa, 11 Disember 2012

Cerita seorang Mat Bola


BOLASEPAK,sukan yang sangat masyur di dunia.Begitu juga di negaraku Malaysia.
Boleh dikatakan sukan utama setiap lapisan rakyatnya.Dan gua ialah antara berjuta-juta rakyat Malaysia yang boleh dikatakan peminat setia sukan bolasepak.Gua juga patut berterima kasih pada cerita kartun animasi Jepun yang terkenal masa gua kecik-kecik dulu yang bertajuk 'Kickers' yang selalu disiarkan di siaran RTM pada masa itu setiap petang.Seingat gua sekitar tahun 1992-1993,gua masih lagi sekolah darjah 4.Sebelum itu gua pernah terdengar pasal bola ni dari pakcik-pakcik gua masa zaman Ngap Sayot dulu tapi masa tu gua pun bukannya faham sangat sebab gua masih seorang budak suci tetapi sejak gua menonton animasi Kickers ini lah gua mula minat dengan bolasepak.Setiap petang,lepas saja habis cerita Kickers gua terus bersiap nak pergi bermain bola dan berjalan kaki ke padang yang tak jauh dari rumah.Masih segar dalam kotak memori gua.Masa itu gua masih tinggal dan bersekolah di Miri,Sarawak.Dan semenjak dari itu juga bolasepak ialah sukan nombor satu yang gua minat.Setiap hari sama ada pagi atau petang gua akan turun bermain bolasepak bersama rakan-rakan gua,dan apa saja yang gua buat pasti pasal bola! makan bola,tidur bola minum coca-cola dan gua pernah juga menyimpan hasrat cita-cita untuk menjadi pemain bolasepak profesional dulu tetapi gua kena redha yang gua pun bukan ditakdirkan menjadi seorang pemain bolasepak profesional.Gua sekarang hanya seorang ahlil muzik biasa yang minat pada bolasepak.Gua juga masih bermain bolasepak,sekarang ni lebih terkenal dan kerap dengan bermain futsal atau bolasepak gelanggang.Cuma lepas cedera teruk dilutut gua akibat bermain futsal,sekarang ni gua agak jarang bersukan tetapi masih lagi menyimpan niat nak kembali aktif bermain bola sekadar riadah gua untuk sihatkan badan.hehe.


Siri Animasi 'Kickers' di RTM terkenal pada setiap kanak-kanak sekitar 1990 an.

        Setiap budak pada masa itu,bila mula main bola saja maka keluarlah aksi-aksi seakan-akan cerita 'Kickers'.Antara aksi yang terkenal dalam cerita tu ialah aksi penjaga golnya Masaru yang terbang menyelamatkan bola sehingga berdarah di hidung,aksi pemain pertahananya Kenta yang merampas bola dengan 'sliding tacke' dan  aksi penyerangnya Kakeru yang selalu membuat lipatan pisang atau 'banana kick' bila menjaringkan gol.Begitulah kuatnya pengaruh siri animasi tersebut.
      
       Semenjak itulah juga gua mula minat untuk mengetahui pasal bolasepak tempatan,masa itu namanya dikenali sebagai 'Liga Dunhill Semi Pro'.sudah semestinya gua yang asalnya dilahirkan di Sarawak akan menyokong pasukan negeri gua.Bukan setakat menyokong bahkan mengikuti setiap perkembangan pasukan Sarawak.Gua hafal nama-nama pemain Sarawak pada masa tu.Yang paling terkenal masa tu ialah pemain impot Sarawak iaitu John Hunter, David Evans dan Shamsurin Abdul Rahman.Tambah gua minat dan bangga lagi bila gua tahu ada pemain-pemain yang berasal dari kampung gua seperti Jalil Rambli(kapten pada masa itu),Zapri Manai dan Dahlan Matusin.Masa tu gua memang tak pernah tengok bola dekat stadium,lebih 'thrill' lagi sebab gua pernah layan bola hanya dengan mendengar siaran langsung dari radio,penuh saspen dan dramatik!!,gua tak berapa ingat sangat siaran langsung di tv.Gua mengikuti perkembangan pula hanya melalui suratkhabar dan majalah bolasepak tempatan yang sangat terhad.Gua ingat lagi masa tu kalau di sarawak,suratkhabar utama ialah BorneoPost dan Sarawak Tribune.Itulah sahaja sumber berita yang gua ada.Suratkhabar-suratkhabar dari semenanjung macam Berita Harian atau Utusan agak lambat untuk sampai ke sana.Gua suka akhbar BH dan Utusan ni pasal masa itu akhbar-akhbar ini punya liputan yang lebih banyak untuk liga tempatan berbanding suratkhabar sarawak.Gua pun cekalkanlah diri, terus menunggu suratkhabar sampai datang,suratkhabar yang biasanya akan dihantar oleh 'PaperBoy' pada setiap petang.Selalunya suratkhabar datang pada waktu pagi-pagi,ini pula suratkhabar sampai pada waktu petang-petang.Amat sukar waktu itu.Sesampainya suratkhabar,halaman pertama yang gua akan buka ialah sukan dan yang pertama gua baca ialah bolasepak tempatan.Kadang-kadang gua rajin juga gunting gambar-gambar dari suratkhabar dan tampal ke dalam buku.Sangat menarik untuk dikenang,masa tu tak kenal lagi liga-liga dari luar negara seperti liga Inggeris dan yang lain.
         
        Pada tahun 1994 pula gua sekeluarga berhijrah ke Kuala Lumpur dan gua mula bersekolah disini.Pengetahuan gua bertambah luas dan minat gua semakin mendalam.Gua mula belajar kenal pasukan dari luar dan pasukan dari luar yang pertama yang gua kenal ialah pasukan England.Melalui koleksi-koleksi 'videotape' pakcik gua yang sememangnya juga seorang 'kaki bola'.Beliau mempunyai banyak koleksi video dari pasukan England,antaranya video dari edisi Piala Dunia 1990 England.Masa tu pemain hebat dan terkenal england ialah Peter Shilton,Gary Lineker dan Paul Gascoigne.Video itu menceritakan tentang kegemilangan pasukan England(Malaysia juga perlu bijak mengeluarkan strategi merchandise yang sebegini).Gua rajin layan video tersebut,boleh kata hari-hari juga gua tontoni dan selepas itu pergi bermain bolasepak..Dari situ lah juga gua mula mendengar nama seperti Manchester United,Liverpool dan Chelsea dan pemain-pemainnya seperti Eric Cantona,Ryan Giggs,Robbie Fowler,Gavin Peacock dan lain-lain.Siaran langsung perlawanan kelab-kelab England yang pertama gua tonton ialah perlawanan akhir Piala FA Inggeris 1993/94 antara Manchester United melawan Chelsea.
      
        Tahun 1994 juga istimewa bagi gua kerana tahun itu dunia sedang dilanda demam bola Piala Dunia 94,dan gua baru kenal apa itu 'World Cup'..,tuan rumah temasya pada masa itu ialah Amerika Syarikat.Sejak gua duduk di Kuala Lumpur lebih banyak majalah-majalah bolasepak yang gua mudah dapati dari kedai-kedai runcit hanya di depan rumah gua.Majalah yang paling gua sayang ialah majalah 'PIALA DUNIA 1994',setiap kali gua mesti belek majalah itu sehingga tertidur.Dari majalah itulah gua banyak tahu mengenai pemain-pemain dan pasukan-pasukan hebat dunia.Dan pasukan yang sangat mempengaruhi gua pada masa itu ialah pasukan Brazil (sehingga sekarang gua tetap BRASIL!!).Romario,Bebeto,Dunga ialah nama-nama yang gua mula minat sebelum ke era Ronaldo,Ronaldinho,Rivaldo dan Kaka.Gua juga mula kenal nama-nama bintang yang lain yang masih bermain ketika itu seperti Ruud Gullit,Carlos Valderama,Jurgen Klinsmann,Hristo Stoichkov,Diego Maradonna,Poulo Maldini,Roberto Baggio,Roger Milla,Gabriel Batistuta dan lain-lain.Walaupun pengaruh bolasepak luar sudah mula gua terokai tapi gua masih lagi terus mengikuti bolasepak tempatan kerana siaran tv tempatan juga sangat hangat mempromosikan liga tempatan pada era 90an itu.Siapa yang tak pernah dengar lagu khas iklan bola dunhill? Lagu itu lah yang disiulkan kami kanak-kanak generasi itu bila mula bermain bola petang-petang di padang depan rumah.Kami juga gemar membuat perlawanan persahabatan dengan jiran 'Taman' sebelah atau lawan persahabatan antara kelas-kelas dan juga kami gemar menonton siaran langsung bersama-sama.Pada masa itu juga siaran langsung perlawanan dari liga-liga luar agak terhad kecuali liga EPL dan temasya khas seperti Piala Dunia,itupun disiarkan pada waktu tengah malam dan awal pagi dan yang hanya disiarkan pula cuma perlawanan yang utama dan penting sahaja, tidak seperti zaman Astro sekarang yang mempunyai banyak 'channel-channel' sukan dan menyiarkan hampir keseluruhan perlawanan dari liga-liga bolasepak terkenal eropah..,pendek kata sampai nak muntah tengok bola.'Live'nya cuma sekali,tetapi ulangannya beribu-ribu kali.
     
        Bagi gua,liga tempatan dan pasukan negara pada era 90an hingga 2000 sangat meriah dan hebat.Banyak nama-nama pemain-pemain yang gua boleh ingat dengan baik dan antara pasukan hebat dalam zaman gua ini ialah Selangor, Pahang, Sarawak, Singapura, Sabah, Kedah,Kuala Lumpur dan nama-nama tempatan seperti Azman Adnan,Shahrin Majid, Shamsurin Abdul Rahman,Mazlan Wahed,Ismail Ibrahim,Mubin Mokhtar,Nizam Azhar,Radhi Mat Din,Matlan Marjan,Zainal Abidin Hassan,Khairul Azman,Faridzuan Che Hamid,Azizul Abu Hanifah,Hashim Mustafa,Ong Kim Swee,Yap Wai Loon dan ramai lagi.Tak kurang juga nama-nama impot seperti Fandi Ahmad,Alistair Edward,Abbas Saad,Jan Janostak,Tibor Zaban,Olunbumi Adigun..ah! ramailah..sehingga sekarang gua masih ingat juga walaupun dah tak ingat sikit-sikit.

 Pasukan Sarawak era Alan Vest, yang pernah menjuarai Piala FA 1992,Liga Perdana 1997,Piala Sumbangsih 1998 dan naib juara Piala Malaysia 1999.Masa ni motto pasukan ialah Encang Sarawak Encang dan maskot pasukan ialah Bujang Senang.

                                        Brazil,Juara Piala Dunia USA 1994


Sedutan Final Piala FA Inggeris 1993/94 -->     http://www.youtube.com/watch?v=1OXvDcfIV9w

Penyerang-penyerang hebat negara di era 1990-2000
Antara jersi Malaysia yang agak 'rare' nak jumpa.

       Bagaimana kita suka dan minat melihat pasukan-pasukan bertaraf dunia dari negara lain seperti Brazil,Argentina,Germany,England dan juga kelab-kelab seperti Manchester United,Barcelona,Real Madrid,AC Milan dan lain-lain.Setiap dari kita ini,gua pasti ada menyimpan angan-angan untuk melihat pasukan negara kita sendiri Malaysia untuk bermain sehingga di peringkat 'Piala Dunia' suatu hari nanti.Setiap dari kita ingin melihat pemain-pemain kita beraksi dan bangkit memberi saingan di peringkat antarabangsa yang lebih tinggi dan berprestij.Menjadi pasukan yang kembali dihormati.Gua mula kenal dengan pasukan negara juga sekitar 1990-an.Gua tidak pernah melihat perlawanan dari zaman Mokhtar Dahari kerana masa itu belum lagi zaman gua.Bagi gua,pemain-pemain negara kita pada era 90-an ini memang mantap-mantap dan hebat-hebat belaka.Boleh dikatakan penyambung warisan Isa Bakar,Mokhtar Dahari,Santokh Singh,Ghani Minhat dan Chow Kwai Lam maka lahirlah Zainal Abidin,Dollah Salleh,Azman Adnan,Yap Wai Loon dan lain-lain.Tapi sayangnya,kita belum ada rezeki untuk menjuarai apa-apa kejohanan utama pada masa itu kecuali kejohanan kecil-kecilan seperti Pesta Bola Merdeka.Kita hanya mampu berada di tempat kedua,ketiga dan seterusnya.Yang masih segar dalam memori gua ialah perlawanan akhir Piala Tiger(sekarang Piala AFF ) jikalau tak silap gua tahunnya ialah pada tahun 1996 atau 1997 perlawanan antara Malaysia menentang Singapura.Singapura juga menjadi tuan rumah.Namun sayangnya,Malaysia hanya tewas tipis kepada Singapura dan menduduki tempat kedua,gua tak berapa ingat berapakah jumlah jaringannya..skuad negara pada waktu itu ialah barisan yang terbaik bagi gua.Dengan adanya Azman Adnan dibahagian hadapan,Yap Wai Loon ditengah,Sanba di sayap diturutserta juga oleh Zainal Abidin Hassan yang juga sudah mula bermain sebagai 'Sweeper' negara pada masa itu setelah puas bermain di barisan hadapan pada era 80an bersama Mokhtar Dahari dan Dollah Salleh,beliau dilantik menjadi kapten pasukan dan mengetuai barisan pertahahan.Sangat terbaik bagi gua! Malaysia kelihatan hampir mengulangi zaman kegemilangan era Mokhtar Dahari.Namun akhirnya rupanya terus merudum jatuh bermula sejak kekalahan itu.

 Skuad Malaysia Piala Tiger 1996/97.Barisan pilihan gua ni !
[Yang gua ingat,dari kiri atas: Azman,Wai Loon,Zami,Rusdee,Sanba,Khairul Azman,Zainal Abidin.
Dari kiri bawah: Rizal,Rajnikan,Nazri Yunus, dan Azmil]
skuad negara tahun 1993

 Skuad Malaysia SEA games 1997
Azman Adnan dan Mokhtar Dahari

Sekarang di tahun 2012,bolasepak Malaysia dilihat kembali bangkit dan meriah setelah merudum teruk pada era akhir 90an dan awal 2000-an.Antara akibat merudumnya bolasepak tempatan pada akhir 90-an dan awal 2000-an bagi gua pada masa itu ialah yang pertama kerana kes rasuah dan skandal yang melibatkan ramai pemain'star' tempatan,yang kedua,setelah habisnya era penaja utama bolasepak iaitu 'dunhill' dan Singapura keluar dari Liga M dan ketiga terjadinya korupsi yang telah dapat dikesan berlaku didalam pengurusan bolasepak negara.Seperti segalanya tidak kena.Bolasepak Malaysia pada masa itu mengalami kejatuhan yang agak merisaukan.Malah,pasukan negara pernah dikritik teruk oleh media tempatan kerana sering kalah dengan pasukan yang mempunyai ranking di bawah kita.Penyokong semakin sedikit,jumlah penonton yang datang ke stadium semakin berkurangan.Ramai yang kecewa dan marah.Disamping kemasukan stesen-stesen tv 'berpiring' swasta yang membawa masuk segala siaran liga-liga dari luar khususnya Liga EPL secara meluas dan diikuti liga-liga dari negara-negara eropah seperti Sirie A,La Liga,Bundesliga dan lain-lain.Peminat-peminat bola kita sudah mula membuka mata dan mula menerima liga-liga dari luar.Dilihat,di negara-negara lain semakin hebat permainannya,semakin ramai dan berganti-ganti pula bintangnya tetapi dinegara kita pula semakin merudum.Perbezaannya sudah semakin jauh dengan negara kita yang nyata jatuh jauh rankingnya dalam senarai ranking FIFA.Pengurusan bolasepak negara dianggap gagal dan bertanggung-jawab dalam jatuh naik bolasepak tempatan disebabkan masalah korupsi serta gejala terkenal dalam masyarakat kita iaitu kronisme dan juga disebabkan campur-aduk politik serta campur-tangan kaki-kaki bangku dalam pengurusan bolasepak.Pengurusan bolasepak negara yang diurus oleh badan FAM  bagi gua gagal dalam segi mencari pengganti-pengganti pemain-pemain hebat kita seperti Zainal Abidin Hassan,Dollah Salleh,Azman Adnan,Mubn Mokhtar apatah lagi mencari pengganti seperti lagenda kita 'Mokhtar Dahari'.Mungkin dari segi individu sebenarnya gua percaya ramai pemain-pemain yang hebat dinegara kita ini sebenarnya tetapi seolah-olah pengurusan tidak dapat melihat pemain-pemain tersebut dan tiada pendedahan dibuat untuk memberi mereka peluang.Bila pasukan negara tak hebat secara automatiknya dikatakan liga tempatannya pasti juga tidak hebat.Itulah yang berlaku pada masa itu pandangan gua.gua antara ribuan yang sangat kecewa dengan aksi hambar pasukan negara pada masa itu.Gua memberi sokongan setiap masa,selalu juga gua ke stadium tetapi pasukan negara tetap juga tiada peningkatan.Gua tahu tiada peningkatan kerana gua antara yang kerap dan sentiasa mengikuti perkembangan pasukan negara sampai kecewa dan mula fedap dengan mutu permainan yang ditunjukkan.Selepas itu gua kerap dan terus lebih mengikuti aksi bolasepak dari luar negara (kira merajuklah...)seperti Piala Dunia,Piala Eropah,Piala Copa America,UEFA Champions Leugue,EPL,La Liga dan lain-lain..Antara kelab-kelab yang gua pernah minat ialah Manchester United,Real Madrid,Barcelona dan AC Milan.Yang lain-lain tu gua tengok juga permainan mereka.
        Tetapi walau bagaimanapun,gua tetap tabik respek kepada mereka yang terus berjuang bersungguh-sungguh nak menaikkan semula bolasepak kita.Mereka yang berkerja kuat inilah yang layak mendapat perhargaan.Setelah mengalami beberapa siri kegagalan,akhirnya  semenjak dari tahun 2009 ke atas gua lihat bolasepak kita sedikit demi sedikit menunjukkan peningkatan semula dengan mula menjuarai beberapa kejohanan peringkat asia tenggara.Pergerakan yang agak positif kerana itulah yang kita perlukan untuk kembali memberi saingan kepada negara-negara jiran kita di asia tenggara yang sebelum ini dipelopori oleh Thailand,Indonesia dan Singapura di zaman kegemilangan mereka.Akhirnya semenjak dua menjak ini,nama Malaysia kembali disebut,harimau kembali mengaum.Pemain-pemain kita mula sedar tanggung-jawab mereka yang memikul nama negara ketika mereka beraksi di peringkat antarabangsa.Gua dapat rasa sesuatu yang positif pasti terjadi sekiranya pengurusan bola kita juga mula mahu berubah ke arah yang lebih profesional yang bukan hanya pada nama saja tetapi juga kepada pengurusan kita dan 'scouting' kita dalam mencari bakat-bakat muda tempatan.Program pembanggunan bolasepak yang ada sekarang ini sudah cantik.Cuma kita perlu tambahkan lagi dengan apa yang perlu atau penting untuk bolasepak kita terutamanya pada bahagian pembanggunan bolasepak.Diharap lebih ramai bakat-bakat muda dapat dikesan dan dicungkil oleh FAM selepas ini,serta lebih ramai lagi tenaga-tenaga pelatih dan pakar-pakar bolasepak tempatan yang akan tampil dan turut serta untuk berkhidmat,kerjasama atau komunikasi antara FAM dengan persatuan-persatuan negeri juga ditingkatkan dan diharap juga peningkatan yang berterusan dari segi kejurulatihan, teknik,taktik dan kemahiran ,psikologi dan sains sukan dan juga pembanggunan dan pengurusan pemain-pemain.Liga kita juga harus ditingkatkan mutunya sehingga mencapai tahap industri besar dan menjadi salah satu pendapatan utama untuk negara dan terus dipromosi lagi bagi mendapatkan kembali kebanjiran penyokong-penyokong 'diehard' seperti dahulu.Diharap juga lebih banyak kemunculan kelab-kelab kerdil bagi memeriahkan liga kita dan memperbanyakkan lagi penyertaan dari kelab-kelab swasta,kolej-kolej dan universiti,daerah-daerah,kampung-kampung supaya ke peringkat liga profesional negara.Yang gua lihat sekarang memang sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik dan ke arah itu.Sebagai negara yang sukan utama rakyatnya ialah bolasepak.Kita seharusnya terus maju dan tidak mundur lagi.Kita perlu teruskan semangat yang kuat seperti arwah Mokhtar Dahari.Terus berlatih dengan bijak! Dengan nama-nama baru pemain-pemain kita seperti Safee Sali,Mahali Jasuli,NorShahrul Idlan dan yang lain-lain yang sedang meningkat naik sekarang diharap mereka ini terus meningkat mutu permainannya dan terus konsisten persembahannya, kita doakan mereka agar jangan jatuh ke dalam gejala berlagak 'star' dan lupa diri.Maklumlah komersial bolasepak sekarang lebih luas.Boleh jadi cepat terkenal dan itu yang bahaya bagi sesetengah pemain yang suka glam-glam sahaja sehingga jatuh mutu permainan.
       Setelah kejayaan Piala AFF 2010 diikuti kejayaan dua kali berturut-turut menjuarai pingat emas bolasepak sukan SEA tahun 2009 dan 2011 dan yang akan datang ini Piala AFF 2012(sedang diperingkat separuh akhir pusingan ke 2 menentang Thailand) Malaysia seharusnya terus bangkit dan mengungguli bolasepak di asia tenggara,dan seterusnya mesti mula kembali mencipta nama ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Piala Asia dan sehingga boleh diletakkan sebaris dan sama hebat dengan pasukan Jepun,Korea,Australia dan Iran seperti zaman kegemilangan Malaysia pada tahun 1975 dahulu yang berjaya mendapat pingat gangsa di Sukan Asia 1975.Sudah pasti,lagenda kita,Mokhtar Dahari lah antara nama yang menyerlah dalam skuad 1975 itu dan ada dalam senarai penjaring gol.Setelah melepasi dua peringkat ini dan beraksi dengan konsistensi yang baik dan semangat yang padu,barulah kita boleh mula melangkah ke Piala Dunia yang kita impi-impikan itu dengan memenangi pula perlawanan-perlawanan peringkat kelayakan dan seterusnya layak juga ke temasya sukan yang utama di dunia seperti sukan Olimpik.Lebih manis lagi sekiranya negara kita dapat melahirkan pemain-pemain dari pelbagai kaum seperti dahulu dan tidak hanya kepada pemain majoriti melayu sahaja.Kalau boleh sebagai Malaysia negara majmuk,kita sangat perlu  bakat-bakat dari kaum yang lain juga,dan pihak pengurusan negara perlu serius berkerja dan bukan hanya tahu membuat muka serius.Ibu-bapa dan badan-badan sekolah juga harus memberi kerjasama untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak yang minat dan berbakat dalam bolasepak.

 Safee Sali,penyambung kehebatan Mokhtar Dahari dan Azman Adnan
Skuad Malaysia,Juara Piala AFF Suzuki tahun 2010

        Bolasepak bagi gua ialah segalanya mengenai negara.Biarpun ramai pemain-pemain bintang lagenda hebat dari negara-negara lain yang kita sangat sanjungi.Iya,mereka memang hebat dan lebih jauh kehadapan berbanding kita.Tetapi gua tetap menunggu saat bangkitnya bolasepak kita dengan gemilang dan menunggu malah bukan seorang tetapi ramai lagi lagenda baru negara yang bakal diletakkan kelak sebaris dengan nama lagenda 'selamanya' kita iaitu 'Super Mokh'.Bolasepak bukan sekadar sukan.Ia ialah penyatuan! Bolasepak dapat membangkitkan semangat cintakan negara yang tinggi.Seterusnya kita akan terus mencintai apa saja dari negara kita sendiri.Bila semangat nasionalisme kita meningkat sekaligus kita akan terus memperjuangkan dan memperkayakan budaya,bahasa,seni dan cara fikir kita sendiri sebagai orang Malaysia tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif dari luar negara.Dan bolasepak juga diharap boleh jadi satu industri yang besar dan boleh memperkenalkan nama negara ke seluruh dunia dan punyai taraf tersendiri seperti ala-ala Liga J di Jepun.Pemain-pemain hebat pasti akan diimpot kelab-kelab luar dan mereka akan menjadi duta untuk negara dalam mempromosikan nama negara.Dari pemain-pemain yang hebat juga akan lahirlah juga penyokong-penyokong yang hebat.Gua akan terus menyokong bolasepak negara biarpun kadang-kadang gua maki juga kalau kehancuran sudah ke tahap melampau yang boleh menyebabkan naik darah.Gua sebagai penyokong pun berhak bersuara kerana gua sayangkan bolasepak negara.Biarpun gua tak dapat nak capai cita-cita gua nak jadi pemain bolasepak dulu,tetapi bolasepak tetap selalu di hati gua sampai bila-bila.Gua hanya ingin melihat sukan ini terus maju dan sihat.Begitulah seterusnya sehingga ke zaman anak cucu kita nanti.Akhir kata gua seperti kata Hasbullah Awang..Majulah Bolasepak untuk negara !!
 Hasbollah Awang,pengulas lagenda
Skuad Malaysia AFF CUP 2012
 Diharapkan korang terus maju!
 terus mengaum harimau! terus membaham!
 gua dan geng2 di semi final Aff Cup 2012 MAS vs THAI
terus menyokong jatuh bangun bolasepak negara!

"..untuk menjadi pemain bolasepak pasti semua orang boleh,tetapi untuk menjadi pemain yang terhebat,perlu menjadi yang terkuat di atas padang,menjadi yang terpantas di atas padang,menjadi yang terbijak diatas padang dan yang paling rajin diluar padang.."







Bila kawan tanya pandangan gua mengenai KORUPSI

Korupsi

Korupsi tu bagi gua dengan erti kata senangnya ialah dah rosak!..atau sesuatu yang dah busuk dan dah lari dari tajuk perjuangan yang murni.Mula-mula wangi,lama-lama busuk.Korupsi ada dimana saja,bahkan ada didalam diri kita.Boleh kata setiap manusia punya korupsi diri.Tak kira dalam apa jua bidang baik agama,cinta,bolasepak,muzik atau seni,apatah lagi 'binatang' yang namanya politik.Manusia ni dah berabad-abad lamanya dah terlibat dengan korupsi.Contoh-contoh korupsi yang paling masyur ialah penyelewengan wang.Masa kita dibangku sekolah lagi dah berlaku korupsi ni terutamanya dalam persatuan-persatuan,contohnya persatuan yang terlibat dengan wang seperti koperasi sekolah.Setakat pergi makan ke kantin pakai duit koperasi tu dah dikira korupsi kecil-kecilan.Korupsi kecil-kecilan ni mungkin hampir semua kita pernah melakukannya.Korupsi besar pula,sudah tentu lagi tinggi tahapnya.Melibatkan yang besar-besar seperti wang besar,biasanya orang 'besar-besar' seperti menteri,jeneral perang mahupun penggerak agama,projek besar-besar dan banyak lagilah yang besar punya haram.Dan ia semestinya akan melibatkan sepakatan manusia yang berniat sama iaitu cari untung untuk diri-sendiri dulu.Juga melibatkan wang atau hal dunia semata-mata.dari segi rohaniahnya memang sahihlah boleh dikategorikan dalam penyakit hati atau gelap hati atau cinta pada 'dunia' yang terlampau.Ini mesti dielakkan oleh setiap manusia iaitu Rosak Hati kerana hati satu-satunya alat komunikasi kita dengan Tuhan yang paling halus dan telus.Wajib dijaga...