Isnin, 12 November 2012

GITAR LAMA

GITAR LAMA
hidup berlalu sekali,nikmati hidupmu,kasihi Ibumu mudahan bersih hatimu,buka fikiranmu,yang hati korek ke dalam,yang otak diluar kotak,jiwa berontak,damai nan rindu,Tuhan jadi nawaitu supaya benci bertukar cinta,dari duka bertukar suka,hidup berkiblat niat,dari niat datangnya tekad,dari tekad datangnya usaha,dari usaha datang tawakal,dari tawakal datang percaya,dari percaya datang syukur,dari syukur datang redha,dari redha kita kenal kuasaNya,Alam ini diaturkanNya sempurna,Besok lusa belum tentu kalah atau menang,yang penting tenang walau dalam susah dan senang,terus bangun walau jatuh,terus mencari walau sesat jauh,terus meraba walau buta,walau tanpa sepasang kaki untuk menyarung selipar,walau hingga merangkak bengkak,teruskan ke depan,jangan berhenti walau perjuangan payah,dituntut belajar sebelum barzakh,terus menghulur walau diri hancur dalam arus masa,tenggelam dengan dosa bercampur-baur pahala,diri ini tiadalah apa-apa untuk diwarisi,yang ada hanya melodi dan irama dari sebuah gitar lama.

:: 12 November 2012,5: 45 pagi
Bilik tido,Serdang Lama.
Terima Kasih Marrie Yuana