Isnin, 17 Disember 2012

KEAMANAN : SATU REALITI ATAU ILLUSI


Keamanan,semua manusia suka kepada keamanan.Semuanya jika ditanya pasti akan menjawab,Ingin hidup aman dan damai.Tanpa rasa cuak atau takut untuk ke mana-mana saja.Keamanan juga ertinya bebas atau merdeka dari segala belenggu kejahatan,kesusahan dan kezaliman.

Itulah sedikit definasi keamanan.Tapi persoalannya disini,adakah keamanan itu realiti atau sekadar illusi kita?Yang sangat pasti,semua orang tahu bercakap mengenai keamanan,kalau ditanya kepada kanak-kanak pun mereka juga tahu apa itu keamanan.Adakah jika kita ingin mencapai keamanan kita perlu melalui kesengsaraan? perlu melalui persengketaan dahulu baru tercapai keamanan? Mengapa begitu? Secara jujurnya juga tiada manusia yang suka kepada perpecahan dan persengketaan.Tetapi,kenapa kita masih bersengketa didalam negara atau dunia yang dikatakan aman ini? Banyak persoalannya.Keamanan boleh jadi sekadar illusi sekiranya kita terus bersikap negatif seperti dengki khianat, tamak, ego, sombong,gila kuasa,rasis perkauman ideologi serta agama dan sebagainya.Alangkah menipunya kita,bercerita kepada orang ramai mengenai keamanan tetapi hakikatnya diri-sendiri masih belum aman didalam jiwanya.Masih berbenci dan suka mencaci-hina.Ini sudah hipokrit ! 

Keamanan bagi gua pula ialah sesuatu yang bersih dan jujur.Keamanan perlu datang dari 'dalam' baru dibawa 'keluar'.Ia datang dari jiwa yang bersih,dari hati yang selalu disucikan oleh tuan empunya hati,dari jiwa yang bebas dari segala hal duniawi semata-mata.Ia bermula dari individu,seterusnya membawa ke masyarakat.Individu yang hati dan jiwanya aman semestinya tidak sukakan api kebencian dan perpecahan.Keamanan hanya dapat dicapai jika setiap manusia itu jiwa dan hatinya bersih dari segala jenis kebencian.Mentalitinya matang.Orang yang aman mestilah punya sikap terbuka dalam segala hal,pentingkan toleransi,mudah dibawa berbincang,mudah juga berkerja-sama.Tidak menegak benang yang basah,ikhlas dalam memperjuangkan keamanan.Manusia yang aman ini ialah manusia yang faham kenapa manusia itu diciptakan Tuhan dengan berbagai-bagai jenis bangsa dan budaya.Manusia yang benar-benar faham apa maknanya cinta dan kasih sayang.Bila ini difahami,gua sangat pasti keamanan boleh jadi realiti.

Kerana kita ini hidup didunia bukannya hidup seorang diri.Kita hidup bersama-sama dengan masyarakat.Kita tidak akan dapat hidup keseorangan didunia ini.Kita hidup mesti bantu-membantu,saling memerlukan..yang kuat menolong yang lemah.Masing-masing ada peranan dan tanggung-jawab.Tidak sama pendapat dan ideologi adalah perkara biasa bagi gua.Jika diambil jernihnya,perselisihan pendapat itu sangat penting bagi kita untuk membuka minda kita.Dunia akan jadi bosan sekira semuanya satu warna sahaja.Sebaliknya,dunia akan jadi lebih meriah sekiranya terdapat berbagai-bagai warna.Itulah asalnya tujuan penciptaan manusia.Manusia dijadikan Tuhan dengan pelbagai jenis bangsa dan budaya supaya kita saling mengenali dan belajar dari satu sama lain.

Keamanan itu perlu dipelihara supaya ianya kekal selamanya.Keamanan ialah amanah dan tanggung-jawab kita semua.Emosi diri mesti dikawal oleh tuan punya badan.Yang pentingnya hati.Jika hati bersih,maka tingkah-laku manusia itu pasti bersih.Kebersihan juga perlu dijaga,perlu dicuci sekiranya kotor.Manusia yang hatinya bersih pasti akan merasa aman,jiwanya tenang.Bila berselisih pendapat,dia lebih suka berbincang dari hati ke hati secara jujurnya.Masalah tetap ada,cuma bagaimana cara kita menyelesaikan masalah itulah persoalannya.Jika seorang yang aman itu,pasti seboleh-bolehnya menjauhkan persengketaan.Orang yang aman amat mudah meminta maaf dan memaafkan.Bersikap hormat-menghormati itulah kunci keamanan.Semoga perkataan PEACE dan LOVE itu bukan sekadar khayalan kita,bukan sekadar dinyanyikan dibibir kita.Semoga amanlah dunia!