Ahad, 20 Januari 2013

SENI...apa tu?

Kalau dengar perkataan 'seni',apa yang kita bayangkan? kebanyakan orang berpendapat seni itu adalah sesuatu yang cantik atau indah.Bagi saya seni itu sesuatu yang diciptakan melalui hati atau jiwa yang halus seterusnya disokong oleh otak atau akal yang sentiasa berfikir.Saya menyokong juga pendapat itu,kerana dunia ini diciptakan Tuhan ini tersangatlah banyak seninya dan indah-indah belaka.Termasuk kita makhluk ciptaanNya,manusia.Jika kita menghargai segala ciptaanNya,maka kita boleh dikatakan menghargai seniNya.
Seni itu sangat diperlukan oleh kita manusia.Seni berkait rapat dengan budaya dan juga dengan pembanggunan jiwa atau spiritualiti manusia.Cuba bayangkan,hidup kita tanpa seni? sudah pasti dunia kita menjadi gundah dan membosankan.Ia bukanlah hiburan semata-mata,malah makna seni itu sendiri sebenarnya luas.Seni boleh mendatangkan ketenangan,boleh memberikan inspirasi kepada sesiapa yang tahu menghargai dan menilai satu kesenian itu.kenapa saya kata seni itu luas,kerana setiap hasil seni itu halus..dan mempunyai bermacam-macam maksud tersendiri yang hanya diketahui oleh si penciptanya.Seni itu juga luas kerana akan melahirkan berbagai pendapat dari pelbagai individu yang menilai sesuatu kerja seni itu.
Jika disekolah dulu,saya tak faham kenapa saya belajar pendidikan seni.Dulu,yang saya tahu seni itu cuma melukis dan mewarna.Tetapi setelah meningkatnya umur,barulah saya sedar..seni itu sangat penting bagi melahirkan manusia-manusia yang kreatif dan berfikiran terbuka.Dengan seni,setiap bangsa akan lebih kenal dengan budayanya sendiri dan seterusnya dia juga boleh mengenali juga budaya bangsa lain.Dengan mengenali budaya sendiri,maka jatidiri setiap individu akan menjadi lebih kuat,dia mungkin akan lebih kenal dirinya sendiri.Sebab itulah,saya berpendapat,seni banyak manfaatnya kepada negara.Orang-orang seni secara tidak langsung,mengajar masyarakat tentang apa sahaja mengenai kehidupan melalui hasil karya mereka.Bila tahap kreativiti rakyat meningkat,maka negara kita akan melahirkan manusia-manusia kreatif,dan manusia-manusia yang kreatif ini akan menyumbangkan banyak benda yang baik untuk negara sama ada secara langsung atau tidak langsung.Bakat seni,ialah kurniaan Tuhan yang wajib kita pelihara.Bukan semua orang boleh bikin kerja-kerja seni jika tiada inspirasi dan kurniaan bakat dari Tuhan.Jadi,bagi setiap individu yang terlibat dengan kerja-kerja seni seharusnya tidak berputus asa,dan mesti terus bersemangat berjuang menghasilkan karya-karya yang baik kerana setiap manusia sudah ditakdirkan berbagai jalan yang bakal mereka lalui di dunia ini.Maka,nikmatilah 'jalanmu' sebagai ahli-ahli seni,semoga kelak dihujung kehidupan kau akan berjumpa dan mencapai bahagia yang diinginkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan